Friday, 20 December 2013

Merajuk punya pasal !!!

Assalamualaikum...
Tgk tajuk mcm bengang sgt je kan kan kan..tp xda la sgt. nk bgtau yg aku kdg2 buat keje xmasuk akal pn atau xda pekdahnya.

Hari ni aku ngn encik hasben dah berpakat janji nak dating tgk wayang n jalan2 berduaan. Tp spt biasa, jgn harap la.Tgk je muka Afin, xsmp ati nak tinggalkan kt BS semata nk tgk wayang. walau dah byk kali ktorg plan dating2 feeling2 berduaan, jarang jadik le. pasal x smp ati. lau keluar mst asyk teringt-ingt kt Afin. so better ko bwk dr ko meroyan nnt kann.

Al kisah dh msk keta, xtau plak mana nak tuju. asyk ke sunway pyramid ja, dah nak muntah asa. so Ayah Afin ajak g Setia City Mall.. for da 1st time.. Terpegi la we all 3 branak ke mall ni. not bad, yg penting ada auntie anne. ibu suka.. ibu suka. Msk2 pntu mall belah parking, dah npk gmbr2 mknan kt Sakura Kristal, Ayah Afin ckp sdp bu, jom mkn. ibu yg td dlm otak mmg dok teringat beef noodle soup yg marbeles kt secret recipe, terus tune ke Sakura Kristal pulak. ngikut je la pasal niat pn nak belanja Ayah Afin cover besday dia yg dah berhari-hari lepas. dah mkn, komen : not bad la. blh telan. alhamdulillah. ibu amk smbal sotong petai wif nasi putih, AA n Afin amk ns grg apatah. Then we oll jalan2 npk brg2 pororo, ibu grab 1 tshrt utk Afin, jalan2 Daiso, ibu tak berkenan. Masuk parkson bli kasut ben10 kat Afin n of cos menan dia la, si lori hot wheel. Peh2 hangin ibu, Afin wat hal. nangis2 buat perangai. Tau dah ngantuk ni. so terpaksa la blk. Tak smpt tau ibu nk bli bju ibu n bju ayah, sehelai pn tak dan tgk. yg lg sadis, auntie anne pn ibu xsmpt bli taw.xpe, tagline kn ada, anak oh anak..

Dah blk, after maghrib si anak yg td nangis nak tdo tak tdo2, si ayah pulak yg tdo. ibu nak msk pn bahan xda, ni kes yillek abis terus. td nak singgah bli, ayah ckp xpyh nnt ayah keluar g bli. tp dia tdo pulak. Afin mkn ns grg yg smpt ditapau td. Dah settle.. Perut ibu dah berbunyi. I IS LAPAR.. Ibu tau ayah pn lapar tu tp dia dah kenyang tdo. huh.. kul 10 mlm, xtahan dah capai phone call dominos pizza, tp xdpt nk order pasai q penuh smp dorang tak amk order dah. br feeling2 nk mkn piza tau. takpe la, layan la Maharajalawak Mega kejap. Tetibe Ayah Afin bgn join tgk MLM. ibu wat dono je. Mgkn dah pasan ibu cm mrajuk, AA siap2 kata nak kuar bli mknan. Ibu is hati keras. diam je la. Diam kan tanda setuju.he.. Merajuk kau.. Tdokan bdk mucuk yg td ptg tahap nak tdo tak tahan2, smp kul 11 xmo tdo2 lg. pujuk2 nangis2 lari2 hndustan skt br la nk tdo. Then AA dah blk bwk joblong (roti john + oblong). sdp weh.. Tp i is kan merajuk. why shud i mkn kan kan. Even AA ajak mkn byk kali pn, taknak gak. Gler meroyan aku punye merajuk mlm ni. Msk blk terus capai phone, tls entry ni. hahaha.. perut dok wat lagu plak. tu dia, mrajuk punya pasal, berlapar le mengkome ~
Dasyat pulak aku asa merajuk aku kali ni. mcm tak kena ja, mcm padan muka aku ja. huhu..


Tuesday, 26 November 2013

20 tahun Ammar, 29 tahun aku


Assalamualaikum...

Mlm ni terasa lain lah ~

Sejak kisah adk Ahmad Ammar terasa sesuatu yg kurang pd diri. Yang tak penah rasa nak cari dan perbaiki sblm ini. 20 tahun Ammar dan 29 tahun aku. Beza 9 tahun yg amat ketara. 20 tahun, aku masih mengejar cita2 berlandaskan duniawi. Mengejar ilmu dunia, akhirat dilupa. Mengharapkan balasan dan pujian manusia. membangga diri.. Tak pk pn apa pandanganMu Ya Allah. Yg penting, pandangan manusia.. Jahil...

Buka fb td, terdiam melihat seorg sahabat sama blajar di UiTM yg dahulu tidak bertudung, kemudian bertudung, dan td dia sungguh cntik bertudung labuh. Melihat gambar, hati rasa tak selesa. perati lama2. tak pasti hati cemburu atau bangga dia ke jalanMu. At least, dia ada matlamat hijrahnya, tp aku msh belum btl2 hijrah. Tbe2 rasa sebak dgn 29 tahun ini. Timbang taranya adalah dariMu tp sejujurnya aku merasakan byk yg aku tinggal dan lupa. Timbangan aku berat. byk yg aku dah abaikan.
Lately terasa teringin sgt nk mengerjakan Umrah. Baru bgtau en suami... jom berjimat dan menyimpan, bkn utk ke Bandung atau Ho Chi Minh, tp menziarah rumahMu Ya Allah. Permudahkanlah. Amin..

Ilmu agama aku tidak hebat, tidak sekuat kalian barangkali. Tp 1 niat dan doaku, moga zuriatku sehebat adik Ammar. Zafryn Naufal bin Zuraizee, kau permata hadiah dari Ilahi, utk ku jaga dan didik dgn agama.. Ibu tak kisah andai Zafryn bkn seorg doktor atau jurutera, pilot atau laksamana negara, tp 1 ibu minta Allah perkenankan doa ibu agar kau menjadi yg hebat dlm ilmu agama. Tahfiz, insyaAllah. Pelan2 ya syg. Thn dpn Zafryn dah mula bersekolah, sekolah tahfiz pastinya untukmu. Belajar elok2 anakku. Ya Allah, semoga diberi kesihatan yg baik buat diriku, suamiku, anakku, dan keluargaku supaya dpt ku didiknya dgn tanganku.. Amin...

Friday, 1 November 2013

AMARAH


Assalamualaikum,
Hari ni serba tak kena jadinya.cpt betul nak marah. Dr smlm lg. Sbb penat buat keje ke, atau penat naik tren, atau sbb result pregnancy test smlm yg mengecewakan.huhu.. Penat kot. Dah la, nak lupakan semua jap, esk n lusa nak hepi2 ngn Afin. Plan nk bwk Afin jalan2 JB n terus ke USS. Harap Afin suka. Nak back to normal blk. Otak ibu dah tak btl.huhu..

Tuesday, 1 October 2013

Spaghetti aglio olio paling simple

Assalamualaikum...

Malam ni terasa nak buat spaghetti plg simple di antara spaghetti2 yg hado, spaghetti aglio olio ala2 main  campak2.

Bahan-bahan:
spaghetti of coz
sotong dan udang sesuka hati byk mana
7 biji cili padi (yg suka pedas, lau nk kurang pedas kurangkan cili k) dan beberapa ulas bwg putih - aku letak 8 ulas kot (diblend)
parsley flakes sikit
chili flakes (nak letak boleh taknak pun boleh)
garam secukup rasa
olive oil

Cara campak2:

Panaskan minyak, tumiskan cili padi dan bwg putih yg diblend tu. masukkan sotong dan udang sehingga masak, then masukkan spaghetti dan perasakan dgn garam dan letakkan parsley flakes sikit. DONE!!!

Senangkan? simplekan? Try la..
Tengah tumis bahan yang diblend 
Masukkan sotong & udang
Masuk spaghetti dan kacau2
Taraaaa .. Dah siap boleh makan, janji baca doa makan dulu k

Thursday, 26 September 2013

OHHH PANDORA

Assalamualaikum...

Tadi ms lunch makan nasi ayam Pak Yob Pantai Dalam beralaskan surat khabar bergambarkan pulak koleksi Pandora Habib Jewels. Maka mata pun tetibe tertumpu kat pandora2 tu le pulak (dah nama pun perempuan kan..).  Mata dah jadi bling bling bling.
Ohhhh PANDORA. Harga ko mahal sgt. Tp hati ni nak nak nak.. cmne.. 

Ok, boleh pejam mata la kejap. Aku dah aim nk beli benda lain. so kena buat2 tak nampak la. Ada tak sape2 nak hadiahkan pandora ni? huhu... Pasal aku tak mampu nk beli lg pandora ni, maka aku sesaje la bli bracelet watch yg ala2 stylo mylo ni yg kwn aku jual kat fb.  Gedik kan... Whatever it is, aku nak jugak pandora nih. Tolong tolong tulun tulun...


Ni la die bracelet watch yg stylo tu. Aku hambek kaler brown tp tetibe rasa kaler merah tu lg cute pulak.

Tu je la, sape2 rasa nk blikan pandora kat kiteeee boleh la sms tnye size ukuran eh..hehe.. Sape yg rasa minat kat bracelet watch yg cute2 kat atas ni blh la gi kat fb kwn aku ni : aisha farisha .


Wednesday, 25 September 2013

SOLAT SUNAT DHUHA


Assalamualaikum...

First, aku nk ucapkan berbanyak terima kasih kat bro Sham Kamikaze  yg selalu ingatkan facebookers untuk solat dhuha. Setiap hari tau dia ingatkan Alhamdulillah, ada "sahabat" yg sentiasa ingatkan kita ke arah kebaikan.

Kat bawah ni aku copy paste dari 1 blog yang aku kira penjelasannya jelas la untuk kita2 paham berkenaan solat sunat dhuha. 

Dhuha : Solat untuk membuka pintu rezeki.

Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statikMaka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Tuesday, 24 September 2013

Pudang Karamel : Part 1


Assalamualaikum...

Mlm ni semangat btl nak buat puding karamel tanpa telur. Dah pernah buat skali, so diz tme nk buat utk opizmates yg slu lapar je 24jam tu.he.. 
Memandangkan 2 mggu lepas ada bli susu cair plus bhn2 lain pn mmg ngam ada gak, so kul 10 lbh td dah mula kuarkan bhn2, chef del nak masak. mula2 tuan2 dan puan2, kte belek2 bhn2 yg ada dlu ye. Belek punye belek, bapak kecewa ble tgk susu cair yg tersebut dah tamat tempoh u ollz.

Takpa, kalau tak slp mcm ada 1 lg. dan mmg ada. waaa best dpt gak wat. dan pd ketika aku membelek tin tu, maka nescaya bahawasanya, susu tu pn dah expired jugak.
Rasanya mmg br je bli susu cair tu sume. aku ingt masa mlm aku malas nak msk, aku ajak en suami menapau kfc. sblh kfc ada kdai runcit. aku suh dia tapau susu cair skali. dan biasa la lelaki kan. malas der nak cek2 bagai. amik bayor je. kan kan.. (aku pn cm2.hehe..). Biasanya aku akn cek expired date ble dah nk guna. patutnya ms nk bli. tp slu aku bnasib baik le pasal xpenah kena yg expired. maka oleh sbb itu, aku x serik2 kot. Time aku tgh bsemangat waja ni la dia wat spoil..  xpa la, esk ja la aku bli susu cair dan yg pasti aku mst cek expired date. PASTI!!!
So, kali ni aku post gmbar tin yg expired tu je la dlu ya. nnt dah wat puding sok, blh la ltk gmbr bsama resipinya k. skg jom kte sambung tgk cte WALLE ngn Afin.

 

Monday, 23 September 2013

Secret Admirer by Mocca

OHHHHH MY SECRET ADMIRER...  goes to Mr. Zuraizee Zulkifli.. Pls enjoy the song guyz!!!


Oh, secret admirer
When you're around the autumn
Feels like summer
How come you're always messing
up the weather?
Just like you do to me....

My silly admirer
How come you never send me bouquet of flowers?
It's whole lot better than disturbing my slumber
If you keep knocking at my door

Last night in my sleep
I dreamt of you riding on my counting sheep
Oh how you're always bouncing
Oh you look so annoying

Dear handsome admirer
I always think that you're a very nice fellow
But suddenly you make me feel so mellow
Every time you say hello

And every time you look at me
I wish you vanish and disappear into the air
How come you keep on smiling?
Oh! You look so annoying.

My secret admirer
I never thought my heart could be so yearning
Please tell me now why you try to ignore me
'Cause I do miss you so
['cause I do miss you so...]

My silly admirer
['cause I do miss you so...]
My handsome admirer
['cause I do miss you so...]
Dear secret admirer
['cause I do miss you so...]
'Cause I do miss you so



Copy paste : 
http://www.metrolyrics.com/secret-admirer-lyrics-mocca.html




Sunday, 22 September 2013

HANGOUT

Assalamualaikum..

Dear blog, beberapa minit lg sblm jam 12, then aku ada masa 6 jam utk tdo, siap2 utk keje.. bye2 weeknd, see u nex week.huhu..
Hari ni adlh hari 'biru'. Ayah, ibu & Afin pakai bju biru g jalan2. Memula lunch kt Restoran Azira (dr study UiTM mkn cni), mknan so ~ so je la. tak menyengat cm dlu. tp still byk lauk n ramai org. Then ktorg g Sunway Pyramid. Naik Ferris Wheel kt tgh2 mall tu. lama gak berpusing. G jusco, bli2 brg. Jalan2 dan jalan2 lg. Aktiviti seterusnya MAKAN CENDOL & LAKSA UTARA. Sdp tak hengga.. Aku dah promote kt kwn2 n family aku dan ternyata aku terer. dorang wajib dtg lg. Cendol tapai terbaek habaq hang.hehe..


Aktiviti malam, layan Running Man jap, super spontan2 dah plg aku tak suka tp aku tgk gak, tgk bola. mlm ni MU lwn Man City. Mst la aku sokong JDT. Hahaha.. Afin xmo tdo2, xpenat ke jalan2 td. Ok, 12.30 jap g xtdo gak,mmg nak kna paksa nih.

Tq to papa (tetibe...). ok, tq kt ayah yg sudi bwk ktorg jalan2 hari ni. ayah mmg best kan Afin kan. Tak slh la plhn ibu. Alhamdulillah, Allah sempurnakan beberapa permintaan ibu. Nak yg xputih sgt (suam2 kuku), xmo yg kurus2, baik, ajar kte agama, yg pntng hormat mak abah kte. Memula dlu, ayah kurus taw Afin, xcute sgt mcm skg. Pas kawen ibu mtk ayah mkn byk2, so skg dah mcm terlebih sudah.he.. Makin cute apeee. hehe.. pipi dah macam kte dah Afin, bambam. syg ayah sgt2. syg Afin dalam2. muah muah.




Monday, 16 September 2013

Cerita 3 pagi


Assalamualaikum..
Its 3 a.m in da morning dear blog.. ni sume nescafe original punye pasal.
Odw blk Perlis sbb mak tak sht. mak msk wad weeknd lepas tp xdpt nak blk coz eg outstation. then, hari ni br dpt gerak blk. tp lewat jugak la gerak sbb eg nak siapkan keje dlu. kesian jugak, br blk dr jb, terus g opis siapkan keje. pas isyak td dia blk, mandi2 solat then terus gerak. mcm mana la aku tak syg kn.he..odw back, npk eg mcm sleepy smcm, so dia nak tdo jap. zafryn pn tdo. tp aku xleh tdo. sbb xsbr nk jmpa mak selain sbb telan nescafe td.hu.. 
menyesal sgt xda lesen keta. dah 29thn dah. besar gajah dah.. asa kesian tgk muka suami yg kepenatan. aku janji, blk je dr Perlis mmg kna g daftar blajar memandu. JANJI!!! Dear blog, kalau aku x ingt, ko ingatkanlah.huhu..
Td kol mak, she's gettng better. syukur.. Terima kasih Ya ALLAH..

Ok, ktorg dah nak gerak semula. Rahmati perjalanan kami Ya Allah. semoga selamat smp. amin.

Manusia tanpa 90% otak


Assalamualaikum.. 
Weeknd lepas smpt tgk ulangan variety show Star King. Ok ngaku, mmg ske tgk, kdg2 aku blh menangis ble tgk. Weeknd lepas, selain crita pasal senaman tiang yg menarik minat aku, ada 1 kisah yg buat aku kagum dgn seorang kanak2 korea yg hanya ada 10% otak sahaja, 90% lg otaknya terpaksa dibuang. Tidak blh mdgr, bckp pd mulanya. langsung tak menangis ms dilahirkan. tp skg die blh bckp, menyanyi, mengingat. dia tau apa yg kte taip dlm hp dgn dgr bunyi keypad hp ja.. dia ingt semua no. ic 1 family. kita yg ada otak penuh ni nak ingt ic mak sndri pn susah.huh.. Kanak2 ni hanya guna 10% otak sahaja.. Itulah kuasa Allah swt..


Sunday, 1 September 2013

OPEN HOUSE RAYA YANG HAMATTT BANYAK

Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan dah umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Open house pun dah hujung2 dah. Inivitation pun dah suam2 kuku dah..hehe... Tahun ni aku tak buat pun open house pun, sapa nak dtg, datang je.. Calling2 jer, kiter on je masak2 untuk tetamu.  Teringin nak buat open house besor2 panggil kengkwn sume 1 Malaysia gitu tp Incik Hasben kiter ni time bulan Syawal mulia ni la die sibuk outstation merata. Tension.  Bukan je takleh buat open house, nk gi open house umah kengkwn pun tak dpt lerrrr.. Beropen house le kami dua branak kat umah je sambil layan tv..

Weekend lepas banyak betul kwn yg buat open house, kwn rapat pulak tu. Siap2 ckp la ktorg mmg tak dpt gi..huhu... Hari Sabtu tu je pegi kenduri rumah adik, tu pun incik suami kena cancel outstation kat Melaka, kalau tak mmg tak gi la.. Lepas kenduri tu fenat sgt rasa, lepaking kat umah je... Utk esoknya, acik minta maap le mmg tak dpt gi mana2 pasal incik somi kena gi Kuala Pilah.  Baliknya malam, segan la nk gi umah org malam2 kan.. Dah kata open house smp kul 5ptg kan.. Ngada2 gi malam, cian tuan rumah.  So kwn2, sori sori sori, next time kte janji akan pegi (kalau berkesempatan).. huhu...

PEKERJA CONTOH SANGAT!!!!


Assalamualaikum...
Monday blues u ollz pepagi dah meeting. ptg kang meeting lg.. Msk meeting tp otak dok pk konvo, resit exam. Pening mak nokk..

Dlm tgh jem pk mcm2 sambil tgh meeting, sempat lak aku ngomel dlm blog kan? Pekerja contoh tak? haha..
Ok ok dah nak focus meeting ni.. Jangan kacau taw!!!
Wassalam...

Thursday, 29 August 2013

[Eng Sub] 130824 KBS2 Entertainment Weekly Song Jihyo Cut


Tuesday, 27 August 2013

ANAK (CEPAT @ LAMBAT)

Assalamualaikum...



Sekadar coret mencoret tentang rasa dan pendapat diri sendiri.  Diri sendiri, lebih kurang tambah campur tolak 6 -  7 bulan dah berusaha untuk mendapatkan anak kedua kami.  Ye, mmg nampak mcm tak lama, ye la ada yg smp 6 - 7 tahun pun tak dpt anak kan.  Tapi aku secara tak langsung dapat rasa apa mereka2 ni rasa.  STRESS tu takleh elak la.. Dgn acik2 yg dok bertanya smp tak reti berlapik-lapik dah.  Dgn tgk kawan yg preggy, wahhh.. sapa tak tension. Tapi diamkan je la. Simpan dalam hati, minta redha Allah SWT.

Pada aku sendiri, apa yang terjadi ada hikmahNya.  Mungkin Allah SWT dambakan doa2 kita supaya lebih byk berdoa padaNya, sentiasa berusaha, dah redha. 

Selalu la bersoal siasat dgn diri sendiri, kenapa, kenapa dan kenapa? Maksudnya tak redha tu..hehe.. Tp, mesti tak lari dari berfikir itu ini.  Jadi, mula lah tanya makcik google mcm2.  Itu dah dikira usaha jugak lah. Allah SWT pun mahu kita berusaha.  Itu lah konsep berdoa - berusaha - tawakal. Jangan la berdoa lepas tu tawakal je la... kalau dpt, dapat la..kalau tak, tak dpt la. Berusaha tu penting.

Firman Allah yang bermaksud :“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)


Bila kita berusaha, kita dapat kenal diri sendiri dgn lebih.  Tahu kelemahan dan kekurangan sebab musabab punca kesan masalah dsbgnya.  Dari itulah kita berusaha lagi untuk mengubah kekurangan tu.  Contohnya makcik google ada bgtau di antara punca2 mungkin faktor persekitaran.  Mungkin kita stress dengan kerja, persekitaran rumah yang kurang sihat.  Jadi, tukar mind set kita.. Jangan stress sangat. Cari cara untuk tidak stress atau buat2 je tak stress.hehe.. Bersenam juga slh satu cara.  Kadang2 kurang bersenam pun blh jadi penyebab. JOM BERSENAM!!! 

Jadi, mari kita berusaha lagi yuk kawan2..hehe.. Dah dah jangan stress2. Jom cari jalan. Macam nak try set kesuburan shaklee.. Kte tanya makcik google dulu k.. 

Friday, 26 July 2013

MAMA, SAYA LAPAR...

Assalamualaikum...

"Mama, saya lapar..."
Actually ni tajuk buku aka majalah oleh Wardina Safiyyah yang suka share tentang kehidupan beliau dalam menjaga dan mendidik anak2nya. 

Aku beli buku ni ms zafryn umur lbh krg 2 ke 3 bulan gitu.  Frust gak ms tu sbb tak jumpa majalah ni sblm Zafryn lahir sbb mcm2 tips ada.  Tp byk yg aku belajar dr buku ni & yg penting BERKESAN.  Alhamdulillah...

Paling menarik adalah cara2 Wardina mengajar anak2 beliau utk tidak terjebak dgn makanan2 ringan (junk food) dan juga nak latih anak supaya minum air masak dgn banyak. Ye la, skg ni ramai anak2 yg suke sgt mkn junk food dan jarang minum air masak!!! Tak elok tu u olls.  Aku pun guna la tips2 yg Wardina buat ni, BERKESAN KORANG !! Hepi sgt.  Sbb Zafryn tak minta or tak suke mkn junk food.  Sbb apa? sbb ibu tak ajar.  Ibu takkan bg Zafryn makan makanan sampah tu. Oppsss.  Dan Zafryn sgt suke air masak sbb lepas je baca majalah tu, ibu mmg terus ikut cara2 Wardina.  Bekas air msti siap2 ada tepi katil.. Zafryn bgn je tdo terus paksa minum.. hehe.. Last2 die pun dah terbiasa n for him air masak tu la air plg sedap. hehe..

Selain tu, Wardina pun ada bg tips utk ajar anak2 kita makan sayur. ye sayur.. Sayur yg byk mak2 bapak2 pun jarang nk makan.  Aku pulak mmg suka mkn sayur, so for me its so easy.  Masaklah sayur selalu.  Bagi anak kita makan sayur selalu. So suka la die.  Sampaikan bila bg mkn nasi tanpa sayur pun die tanya "sayur?".  hehe.. Alhamdullilah.   Zafryn sgt suka sayur bayam, sawi, carrot n brokoli.  Sbb mmg itu je la yg slu ibu masak.  Nampak tak permainan die kat situ? Ha.. kita yg mencorakkan anak kita. Kita yang didik mereka.  Kalau kecik2 lg kte ajar die mkn kopok, eskrim, mmg die akan minta yg tu je la.

Alhamdulilah juga, dlm umur 2thn lebih, zafryn dah kenal huruf dari A - Z.  Kalau ikutkan ibu @ ayah tak da plak ajar Zafryn, tp bile die sebut Z sbg Zee (English pronounce), so that mmg betullah die blajar dari video dlm hp ibu. Skg pun dah tau one two three smp ten. Ten je la..hehe... Skg pun tgh ajar alif ba ta jugak.. die suka sgt ghain. asyk sebut ghain aje.. alif ba ta nye tah kemana. hehe.. Tapi Zafryn agak lambat blh berckp. Die boleh berckp tp msh belum blh berckp sebaris ayat dgn sempurna. msti terbalik sna sini.hehe.. Oh my dear Zafryn.  Asalkan faham sudahlah.  Tapi jeles bila dgr ada anak2 yg 2thn dah blh baca Al-quran.  Niat dihati nak hantar zafryn mengaji cpt2 supaya cpt khatam nnti.

Ibu2 yg baru nk ada baby ke, dah ada baby ke should have this. Seriously, worth it. Wassalam...

Monday, 22 July 2013

"PERJALANAN HIDUP, SATU TAKDIR ATAU PILIHAN"

Assalamualaikum..

Hebat tak title kite?hehe... Sehebat penceramahnya tadi, saudara Sham Kamikaze. Alhamdulillah dapat mendengar cerita En. Sham dalam penhijrahan beliau dari jebon ke skg yg lebih baik.  Tersentuh bila dgr tentang liku2 dan cabaran2 beliau dalam berubah atau berhijrah.  Terlintas di hati, sejebon2 atau sejahat2 dia (dulu), ada rasa untuk benar2 berubah serta tekad dan taqwa.  

Kita, manusia yang lainnya, jujurnya aku.  Rasa bersalah yang amat sbb lambat2kan solat, mengumpat sana sini, judge org tak tentu pasal dan mcm2 lagi kejahilan.  Rasa itu ada tp nak betul2 berubah payah benar rasanya.  Kenapa payah? Tiada tekad tiada taqwa yang betul pd Allah SWT. Nak berubah, tp tiada kesungguhan untuk apa? Setiap kali solat, ada je penyesalan.  Ya Allah, aku nk berubah. Tapi solat seterusnya langsung tak buat. Apakah? Belum betul2 menyesal tu wahai sahabat.. Ya Allah berikan aku hidayahMu, berikan aku peganganMu, berikan aku jalanMu, untuk aku menjadi insan hebat dimataMu.

Perjalanan hidup, satu takdir atau pilihan.  Kita yang boleh ubah diri kita. Wassalam...

Wednesday, 17 July 2013

VIDEO LAWAK JUAL KUIH

Assalamualaikum....

Ini adalah video yg baru aku hapload kat fb dan telah menjadi bahan ketawaan opismate aku. Gembira nampaknya mereka. hihi.. Memang lawak.  Jangan la buat gini kat Bazar ramadhan ye dik nnti kurang sabar jadinye penjual tu. Asa nak lempang je..hehe... Best best best *****

Tuesday, 16 July 2013

BUAH HATI KITER

Buah hati : En. Suami & En. Big boss !!!
Alhamdulillah, sy dianugerahkan seorg suami dan anak yg hebat. Love them damn much !!!!

Sy akan syg awk berdua selama-lamanya. Bukan sehari, dua hari, tiga hari, empat hari tp selama-lamanya. Hehe.. Adk putri awani, pnjam ayat eh.

KURANG LUCK

Assalamualaikum.. 

Dah seminggu dpt berpuasa. Alhamdulillah. Hari ni kena g keje naik komuter. Smlm en suami g keje smp pg. Disbbkan isteri mithali lah sgt, xmo la suh die anta. Blh la die g keje lwt. Mithali tak?hehe..

Selalu bila naik train dr Shah Alam mmg jarang or mustahil nk dpt duduk. Fully book tau.he.. Tp ble smp stsen Subang Jaya dan kena cara + nasib yg baik, dpt la duduk. Slalu aku akn aim budak2 ala2 stdnt yg dok pgg buku @ tgh buat2 bc nota tu. Dorang ramai akn trn kt Subang. Selalunya tips aku berjaya la. Tp hari ni, di hari puasa ni, tak berjaya npknya. Gaya adk ni mmg dah cun dah. Stiap kali stesen, terpinga2. Mcm nk sgt dah bgn. Aleh2 smp KL Sentral br die trn. Akak pn trn c2 dik.hu.. Takda luck la hari ni. Xpe.. Cube lg nex tme.haha..

Selamat berpuasa semua umat Islam!!!

Friday, 14 June 2013

CANTIK BERBAJU KURUNG !!!

Assalamualaikum...

Sejak berat badan dah naik ni,aku mmg tak confident la nk pakai baju kebaya or kebarung.  So tiap hari gie keje mmg pakai baju kurung.  Selain nampak sopan, kte akan lebih selesa kot pakai baju kurung kan...kan...

Aceli... td dpt kol dr sorng student nama dirahsiakan (chewahh).  Dia kol tnye pasal kelas bla..bla..bla.. Tbe2 die ckp "Puan Adila cantik sangat pakai baju kurung minggu lepas". Hahahaahahaahahaha..... Aku terdiam la kejap. Pehtu gelak (pasal aku taktau nk jawab apa).  Aku asa pp dah merah dah sbb ada yg puji.  Sib bek ckp thru phone... Minggu lepas ms msk kelas dorng aku pakai baju kurung sbb baru balik dari pegi kenduri.. so haruslahhhh.. 

Kepada student tersebut, time kasih puji kte.  Sape2 pun akn cantik bila pakai baju kurung. AKU SUKA BAJU KURUNG !!!! hahahaha...

Wednesday, 12 June 2013

YOU'RE THE ANSWER TO A GUY LIKE ME BY LEESSANG

Pls enjoy the song aka monday couple's theme song in Running Man.  

Assalamualaikum...

Oh plsss.. aku bukan kpop addict. Tak sume lagu dorng yang aku suke.  Aku suka  layan drama/movie korea jer.  Teringat masa study dulu, tak abis2 layan cd korea.  Aku asa kebanyakan budak feremfuan cmtu kot.hehe.. Ada 1 cte ni smp aku sanggup layan tgh2 malam smp pagi2 buta nak abiskan sume cd, padahal pg tu aku ada exam.  Wahh.. pk lik mcm tah apa2 tp sib bek la aku lulus.  Bila dah start keje, dah tak brapa nk layan sgt sbb balik keje je penat, penat kerja, penat bercinta. hehe.. So lately aku terjebak dgn 1 variety show RUNNING MAN. Mula2 aku tgk2 gitu je ble adik pumpuan aku tgk, tp tbe2 aku pulak yg layan.  Ok, RUNNING MAN kelakar kottt. Tp yg tak blh blah tu, tbe2 laki aku pulak yg join layan.  So smp skg, tiap hari Jumaat n Sabtu ktorg akan tgk RUNNING MAN kat Astro One HD.  Pasal aku lambat terjebak, so tgk marathon la.  Character paling digemari (geli jer..) : MONDAY COUPLE (plss be a couple in real..). Tu je.. enjoy the song !!!

Kelab Kurus BPPE !!!

Assalamualaikum..
Dear Terrarossa,

Tgk title mcm kelab utk org2 kurus je kn.haha.. Tp hakikatnya kelab ni utk aku yg gemuk nk kurus. Diulang, NAK KURUS !!!
Idea asal dari En. Nazri selaku coach @ trainer kami yg nk kurus ni buat pertandingan sapa trn berat plg byk. Ada hadiah taw utk pemenang. Hebat tak? Kalau nk suruh aku diet sorang2 mmg hangat2 taik itik la. So ble ada bnda cmni, at least semangat la nk diet. Bukan hadiah yg dikejar tp resultnya nnt.
Ktorg amk ms lbh krg sbln. Then, sume akn tmbng utk cek sapa yg plg ohsem tu. Aku adlh pencatit berat org.he.. Diet xksh ikt kreativiti masing2. Aku amk kptsn nk terus dgn diet atkins la pasal mmg menjadi. Aku turun 6kg la jugak. Tp aku tak ikt 100% diet ni. Diet aku diet internet. Aku amk skt2 info dr mcm2 jenis diet kt intrnet. Tp 70% mmg ikt atkins la sbb aku xkn sntuh nasi. Tp dlm smggu aku akn ada one day break. So hari tu aku akn mkn apa aku nak. Tp ble dah biasa tak mkn nasi, so dah x rasa teringn pulak nk mkn ns.
Berbalik pd kelab ni, ktorg akn timbang semula pd 28 Jun 2013 ni. So, nnt aku update blk siapa pemenang. chaiyok !!!


Tuesday, 11 June 2013

1ST ATTEMPT : TERRAROSSA

Assalamualaikum...

Dengan rendah diri (157cm) aku mengishtiharkan blog terrarossa ni sebagai blog baru aku yang akan aku cuba update selalu. hahaha.. 
Aku rasa impian aku mmg tinggi la nak berblog2 bagai tapi last2 tak kemana. Bukanlah sebab aku malas ke takde mende nk cite ke.. Sbnrnya banyak benda aku nk story mory, tp aku takdak masa hampa tau dak.  hehe.. So, aku pikir nak aktif balik lah menulis ni bukan sbb aku syok sendri ka apa ka. Aku tak harapkan pun org utk baca (harap la juga sbnrnya..hehe..).  Aku sbnrnya suka menulis, sbb tu dulu penulisan aku dpt A.. Tapi pemahaman aku dpt B. Npk sgt aku jenis tak phm bahasa.hehe.. Dan actually bila kita menulis, pun blh membantu kita menjadi lebih yakin sambil kita improve bahasa2 kita. Owhhh, panjang pulak reason aku nk berblog ni.
So, smp sini je dulu dgn harapan aku akan lebih komited lepas ni.  Phuiii.. 



Wassalam.. jumpa lagi.

Blog Cinta Hati IBU NAUFAL Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah