Monday, 17 February 2014

Arwah ayah yang disayangi

Assalamualaikum...
Innalillah wainna ilaihi rojiun "Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepadaNya lah kita kembali"
16.02.2014 jam 10.15 pagi ayah mertuaku disahkan telah meninggal dunia. msj aku terima dari suami cukup ringkas dan menerangkan maksud. "ayah tiada"... mcm mimpi sbb aku btl2 berharap agar ayah diberi peluang olehNya utk terus hidup dan sihat. Betul2 berharap. Tapi semua telah tertulis. Kalau ayah masih hidup, Allah bkn saja berinya peluang, tp berikan aku juga peluang utk jd menantu yg lbh baik.  Alhamdulillah suami aku smpt berada disisi arwah tapi masa kami balik, arwah dah tak sedar. Aku pn tak sgka akan jd seteruk ini. Ingatkan ayah msk wad sekejap je. Itu semua ketentuannya. Alhamdulillah, ayah pergi pn dgn tenang.
Aku kurang tahu @ kurang ambil tahu kenapa ayah x bersama mak. Itu hak mereka. Tapi 1 je yg aku tahu.. Ayah adalah bapa mertua yg baik. Tak pernah pn ayah tak melayan menantunya yg tak byk ckp ni. Pg2 lg ayah dah sibuk2 belikan sarapan utk kami.. Ayah tak pernah tak melawat mak aku kalau mak aku masuk wad. Ayahlah jugak yg belikan mak aku madu utk dibuat ubat. Ayahlah yg bgtau mak petua ubat jantung tu, dan alhamdulillah mak semakin baik. Tapi penyakit ayah pulak yg tak baik. Kenapa aku tak jaga ayah? tak buatkan ubat yg sama utk ayah? Ya Allah andai kau berikan aku peluang itu. Tp aku redha. Cuma betapa aku terkilan kerana arwah sangat baik pd aku.

Masa arwah kaku diatas katil, dilitupi kain kapan, dgn wajah yang tenang seakan sdg tidur, terasa hiba. Ya, aku nak nangis. sgt... Aku tgk kerusi yg selalu menjadi port ayah. Hiba lg.. aku tahan aku tahan. Ego barangkali. Aku tetap tak akan menangis. Tapi aku siksa hati sndri. Aku marah diri sndri. aku masih lg berdoa smga ayah hidup kembali. doa apakah? kau tau tak blh. kau tak redha sbnrnya. melihat suami yg tenang buatkan aku lg asa mcm mimpi. itu bkn ayah. ayah masih menunggu peluang hidup dariMu.
Tadi tgh aku tidurkan Afin, kenangan raya aidiladha yg lepas benar2 buat aku menangis. Sblm raya aku plan nak beraya rumah ayah, aku nak masak sbb takda org melainkan 2 adk lelaki. Tapi bila dah riuh kt rumah mak, aku batalkan niat. Lepas solat raya je aku ke sana. Tapi apa yg lbh menyedihkan, lepas ja solat raya ayah terus dtg rumah mak aku, beraya cni.. Ya Allah, baiknya ayah.
Ya, byk bnda yg aku selalu plan nak buat, tapi aku tak buat. Ya, akulah itu menantu yg tak blh diharap. Skg aku hanya mampu berdoa dan sedekahkan Al-fatihah utk ayah. Dila akan sentiasa berdoa utk ayah semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman. Amin. Al-fatihah..


Blog Cinta Hati IBU NAUFAL Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah